Sunday, 27 February 2011

NOTA:BAB 1-Perniagaan & Persekitarannya

Pengenalan Kepada Perniagaan


Definisi Perniagaan
-         aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.

Empat Konsep Asas Perniagaan
1.Barangan dan perkhidmatan
- barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan,makanan,pakaian dan sebagainya.
-perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan , insurans, pelancongan dan sebagainya.
-barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia.

2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
-keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dsb.
-kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk kesel;esaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dsb.
-untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.

3. Pertukaran nilai
- merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.
- barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
- proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

4. Keuntungan perniagaan
- keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
- keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
- keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.


Perniagaan dan bukan perniagaan

-Perniagaan bermotifkan keuntungan ( lihat definisi perniagaan), contoh perniagaan: Proton, KFC,Petronas dsb.
-selain keuntungan ,objektif lain adalah:
i. Penakatan(survival)- untuk terus beroperasi di pasaran.
ii. Pertumbuhan- untuk memajukan/mengembangkan syarikat seperti pembukaan beberapa cawangan.
iii. Tanggungjawab sosial-komitmen oleh pihak syarikat  memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam seperti mengawal pencemaran persekitaran

-Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.
-dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu agensi kerajaan dan badan sukarela.
-Agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, seperti hospital,sekolah, bomba dsb.
- Badan sukarela yang ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yang bertujuan untuk menjaga kepentingan ahli dan memberi perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum, seperti FOMCA,PEMADAM,Greenpeace dsb.

Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan

Dimensi
         Perniagaan
            Bukan  Perniagaan
Matlamat utama
Keuntungan
Kebajikan ahli dan kesejahteraan awam
Sumber kewangan
-keuntungan
-modal
-pinjaman
Yuran dan bantuan
Aktiviti
Jual beli
Perkhidmatan masyarakat
Cukai
Dikenakan atas keuntungan
dikecualikan


Kepentingan  bukan perniagaan kepada perniagaan:
  1. Menyediakan kemudahan asas.
  2. Menyediakan tapak perniagaan.
  3. Memberi perlindungan dan keselamatan.
  4. Mengurangkan masalah sosial.
  5. Menyediakan maklumat-maklumat dan memberi khidmat masyarakat.

Kepentingan perniagaan kepada bukan perniagaan:
  1. Membiayai aktiviti bukan perniagaan seperti cukai, derma.
  2. Menyediakan barangan dan perkhidmatan.
  3. Membantu dalam menyediakan infrastruktur awam.
  4. Menggunakan perkhidmatan bukan perniagaan.


Perniagaan dan Untung
-untung merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan setelah jumlah perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil.
-kepentingan keuntungan kepada perniagaan:
1. Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko.
2. Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan perniagaan (survival)-pelaburan semula keuntungan.
3. Tahap keuntungan melambangkan imej/kecemerlangan syarikat.
4. Matlamat dan hala tuju-ukuran kepada prestasi perniagaan.
5. Keyakinan/dorongan kepada pelabur.
6. Menyumbang kepada pembangunan kawasan setempat.

Perniagaan dan Ekonomi

Kepentingan aktiviti perniagaan terhadap ekonomi:
  1. Mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
  2. Memberi pendapatan kepada negara-melalui sebarang cukai perniagaan.
  3. Mewujudkan dan mengembangkan industri sokongan.
  4. Mewujudkan penempatan baru atau Bandar baru.
  5. Menstabilkan harga barang.
  6. Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur, pengangkutan dan perhubungan.

Keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah perniagaan:
  1. Ekonomi yang stabil melalui politik dalam Negara yang stabil.
  2. Sistem kewangan atau perbankkan yang liberal-kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
  3. kuasa beli pengguna yang tinggi-menjamin permintaan terhadap keluaran perniagaan sentiasa tinggi.
  4. Nilai mata wang yang stabil- tidak perlu menanggung kos yang tinggi bila mengimport  barangan daripada luar.
  5. Penawaran pelbagai insentif bagi mempromosikan aktiviti pelaburan seperti taraf perintis.

Perniagaan dan Masyarakat

Peranan perniagaan terhadap masyarakat;
  1. Menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
  2. Memberi pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat  dengan menyediakan peluang pekerjaan.
  3. Melibatkan dalam aktiviti sosial seperti derma , penajaan dsb.
  4. Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan, taman rekreasi dsb.
  5. Menjaga alam sekitar daripada terjejas akibat aktiviti perniagaan.


Perniagaan dan Kerajaan

Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan
  1. Mengeluarkan lesen perniagaan- perniagaan beroperasi.
  2. Menyediakan infrastruktur untuk kemudahan perniagaan- jalan raya, pelabuhan dsb.
  3. Menyediakan kawasan industri dan lokasi perniagaan- zon perdagangan, tapak kilang dsb.
  4. Menyediakan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan- MARA, bank pertanian dll.
  5. Menyediakan dasar,peraturan dan prosedur- persaingan yang sihat.
  6. Menbangunkan teknologi dan penyelidikan- MARDI,SIRIM, universiti.

Kepentingan perniagaan kepada kerajaan.
  1. Mendapat cukai-aktiviti pembangunan negara.
  2. Peluang pekerjaan dan mengurangkan pengganguran.
  3. Menyediakan barangan dan perkhidmatan kpd kerajaan-kenderaan.
  4. Menstabilkan dan meningkatkan ekonomi negara.
  5. Membina imej dan daya saing negara-aktiviti ekspot, barangan berkualiti.


Faktor Pengeluaran  

  1. Tanah- digunakan untuk tapak perniagaan dan mendapatkan bahan mentah.
  2. Buruh-individu yang menyumbangkan masa,tenaga dan kemahiran dalam aktiviti perniagaan..
  3. Modal- sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan kekayaan dalam aktiviti perniagaan.(wang atau aset).
  4. Keusahawanan-individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan jauh dalam perniagaan.
  5. Teknologi-kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa.

Memenuhi Keperluan Dengan Sumber Terhad

  1. Usahawan perlu mengusai ilmu pengurusan perniagaan supaya pengurusan lebih cekap.
  2. Kaedah pengeluaran yang paling cekap- samada memilih kaedah berintensifkan buruh atau berintensifkan modal.
  3. Strategi pemasaran yang sesuai dalam mengagihkan keluaran kepada pengguna berpotensi.
  4. Memberi keutamaan kepada pengeluaran yang dijangka dapat memberikan pulangan yang banyak.
  5. Menabung untuk kegunaan masa depan.


PROSES PERNIAGAAN

-adalah aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi terhadap input-input pengeluaran bagi menghasilkan output untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

Input
-faktor-faktor pengeluran yang akan digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan barangan.

Proses tranformasi
-proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi dengan menggunakan pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output.

Output
-barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan/hasil akhir organisasi.



            INPUT   --------------     PROSES TRANFORMASI --------------  OUTPUT

          Kilang                                 proses penukaran input kpd input                      Kasut
          Bahan mentah                                                                                                 Tayar
          Buruh                                                                                                              Pakaian
          Mesin                                                                                                              Hospital
          Peralatan                                                                                                      Perhotelan           
              dll                                                                                                                       dll

Peringkat dalam Proses Perniagaan
Terdapat 3 peringkat:
  1. Membangunkan keluaran
-mengenalpasti terhadap keluaran yang akan dikeluarkan.
-hendaklah mengambil kira kepuasan dan keperluan pengguna.
-terdapat dua kaedah untuk pembangunan keluaran:
a. Inovasi
    -perubahan keluaranyang sedia ada dari segi penambahan fungsi kegunaan,peningkatan mutu keluaran,bentuk  keluaran serta menambahkan kecekapan dan keberkesanan terhadap sesuatu keluaran.

b.Penciptaan barang baru
    -melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencipta barang baru.
    -melakukan penyelidikan pemasaran untuk memastikan keluaran memenuhi keperluan pengguna.

  1. Menguruskan permintaan
-menarik minat bakal pembeli untuk mencuba dan membeli keluaran.
-mewujudkan permintaan terhadap keluaran baru dan mengekalkan permintaan keluaran sedia ada.
-aktiviti yang dilakukan pada peringkat ini:
a. membuat penyelidikan pasaran
b.menjalankan promosi dan pengiklanan
c.melakukan aktiviti penjualan yang efektif.

  1. Memenuhi pesanan
-         untuk memastikan pembeli mendapat barangan yang dipesan tepat pada masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan.
-         Merangkumi aktiviti mendapatkan bahan mentah, mengendalikan proses pengeluaran, pemasangan,penyimpanan dan penghantaran barang ke pengguna.
-         Penjadualan pengeluaran tepat supaya pesanan tak tergendala.
-         Khidmat selepas jualan perlu disediakan.
-         Kaedah pemasangan barangan juga disediakan.
-         Saluran agihan yang sesuai ditentukan.



PERNIAGAAN KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN

Aktiviti perniagaan kini

  1. Berkait rapat dengan perubahan persekitaran perniagaan seperti penggunaan teknologi moden.
  2. Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi dan hubungan antara perniagaan seperti komunikasi melalui computer dengan menggunakan internet lebih cepat dan mudah.
  3. Pencapaian,penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan lebih cepat, tersusun serta memudahkan usahawan membuat keputusan dengan pantas.
  4. Menguruskan sumber kewanagn dengan lebih berkesan seperti proses merekod,laporan kewangan,analisis prestasi kewangan dengan cekap,pantas dan tepat.
  5. Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran terhadap pembelian sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat melalui bank dengan cepat.
  6. Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan.



CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN

1.Globalisasi/Dunia tanpa sempadan
- persaingan sengit ( kualiti,harga,penyampaian), mobility pekerja/modal, celaru budaya.
2. Peningkatan Kemajuan Teknologi
-perubahan produk,tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu modal tinggi.
3.Peningkatan tanggungjawab social
- batasan aktiviti komersial, desakan/tekanan pihak NGO, kerajaan,pihak berkepentingan, buruh kanan-kanak, prihatin terhadap OKU.
4. Peningkatan system perniagaan islam(PERBANKAN ISLAM)
-pematuhan syariah
5. Kewujudan blok-blok perdagangan
- ketepuan pasaran, persaingan sengit,batasan perdagangan
6.Sumber semakin berkurangan
-batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi,meningkatkan produktiviti(meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)
7.Perubahan struktur demografi
-kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran,memerlukan kemudahan/suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa, hayat semakin panjang-ramai pekerja yang sudah matang.


PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Persekitaran Umum/Tidak Langsung

  1. Ekonomi
-keadaan/persekitaran ekonomi-melambung atau meleset, kuasa beli, harga barangan.
-kadar pertukaran mata wang menarik
-sistem kewangan dan perbankan yang efisien
-peniaga yang beretika.


  1. Sosiobudaya
-         Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat.
-         Budaya unik-kepelbagaian agama, adapt resam, perayaan , makanan,pakaian dsb.
-         Perubahan gaya hidup-gaya hidup moden dan nilai tradisional.
-         Perubahan dan peningkatan nilai sosial-penjagaan kesihatan, hak-hak pengguna,alam sekitar dsb.

  1. Politik dan perundangan
-         tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan kerajaan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
-         Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan.
-         Keselamatan dan keadilan sistem perundangan
-         Kestabilan politik akan menjamin kestabilan ekonomi.

  1. Teknologi
-         kaedah dalam proses penukaran input kepada output.
-         Penggunaan teknologi dapat meningkatkan pengurusan operasi,produktiviti, kecekapan dan maklum balas pelanggan.

  1. Fizikal
-         pengagihan produk-pergerakan barangan dan perkhidmatan pengeluar kepada pengguna.
-         Merujuk kepada kemudahan fizikal(bangunan,jalanraya,perhubungan)
-         System pengangkutan/perjalanan/perhubungan
-         System komunikasi(telefon,internet,faks)

  1. Persaingan dan jaringan
-         Persaingan-ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti, pada pasaran yang sama dengan produk usahawan.
-         Jaringan perniagaan-pakatan strategik yang di bentuk oleh perniagaan dengan pembekal,pengilang atau pengedar untuk menghasilkan roduk atau memasarkanya di pasaran.
-         Kelebihan saingan- keupayaan perniagaan mengatasi pesaing mereka dengan menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan daripada pesaing.
-         Persaingan tulen- keadaan pasaran yang terdapat banyak firma pengeluar di dalam sesuatu industri yang mengeluarkan produk yang serupa dan tiada firma mempunyai kelebihan saingan.
-         Persaingan monopolistik- keadaan pasaran yang terdapat ramai pengeluar yang menawarkan produk yang sama dan produk tersebut dilihat oleh pembeli berbeza disebabkan oleh aktiviti pemasaran dan keunikan produk tersebut.
-         Monopoli- merujuk kepada hanya ada satu firma yang menghasilkan produk dan tidak terdapat produk pengganti.



PERSEKITARAN TUGAS/LANGSUNG


  1. Pelanggan
-         merupakan individu atau kumpulan yang membeli barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.
-         Perlu prihatin terhadap keperluan/kehendak/kebajikan pelanggan dipelihara dengan baik,maka jualan akan bertambah dan keuntungan meningkat.
-         Jualan firma menurun dan keuntungan akan terjejas, jika kebajikan pelanggan di abaikan.

  1. Pembekal
-         merupakan pihak yang membekalkan sumber input/bahan mentah kepada perniagaan.
-         Hubungan yang baik antara pembekal dan perniagaan akan menjamin bekalan yang berterusan.
-         Pembayaran hutang yang segera perlu supaya bekalan tidak terjejas.

  1. Pembiaya dan Pemodal
-         pembiaya adalah pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan seperti bank (kreditor)
-         pemodal adalah pihak yang melabur modal dalam perniagaan sebagai pelabur  atau pemegang saham.
-         Pembayaran dividen yang tinggi dan tepat pada masanya akan menambahkan kemasukan modal syarikat.
-         Kelewatan pembayaran dan dividen yang rendah akan menyebabkan firma kehilangan/kekurangan modal pada masa depan.
-         Pembayaran balik ikut jadual kepada pihak kreditor.

  1. Kerajaan
-         pihak yang menggubal dasar-dasar/undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang agar perniagaan dapat beroperasi dengan lancar.
-         Mesti patuh dan bekerjasama dengan kerajaan agar hubungan baik dapat dilakukan.
-         Jika abaikan alam sekitar dan menaikkan harga sewenang-wenangnya, sokongan masyarakat akan berkurangan.

  1. Pekerja
-         sumber manusia yang menyumbangkan tenaga, kemahiran,pemikiran dan pengetahuan bagi menjalankan tugas dalam sesebuah organisasi.
-         Pekerja yang berkualiti dan berpuashati suasana kerja akan memberikan pulangan kpd perniagaan dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
-         Beri latihan/kursus/motivasi dan pembayaran gaji ikut kontrak
-         Jika kebajikan diabaikan, produk tidak berkualiti dihasilkan  dan akan menyebabkan kehilangan pelanggan.

  1. Pesaing
-         merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dan dijual dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan
-         pesaing boleh memberi sumbangan dari segi meningkatkan kualiti produk secara umum.
-         Persaingan perlu adil tanpa melanggar etika/peraturan perniagaan.   





ENTITI PERNIAGAAN

Pemilikan tunggal
-         sebuah organisasi perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik/seorang individu sahaja.

Kelebihan pemilikan tunggal:
1.Perniagaan mudah ditubuh dan dibubarkan.
2.Perniagaan mudah diurus.
3.Pemilik bebas mengurus dan mengawal syarikat.
4.Pemilik bebas membuat keputusan dan perlaksanaan.
5.Keuntungan adalah kepunyaan pemilik sepenuhnya.
Kelemahan pemilikan tunggal

1.Kesukaran untuk mendapat modal yang besar.
2.Sukar mendapat kredit atau pinjaman.
3.Modal yang terhad menghalang perkembangan perniagaan.
4.Menanggung beban yang banyak dalam menguruskan perniagaan.
5.Kemahiran pemilik terhad dalam mengurus perniagaan.
6.Jangka hayat perniagaan pendek/tiada jaminan akan berterusan.



PERKONGSIAN

-entiti perniagaan yang dimiliki sekurang-kurangnya dua individu dan tidak melebihi 20 orang pemilik.
-butir-butir yang terdapat dalam perjanjian:
1. nama dan alamat ahli perkongsian.
2. nama dan jenis perniagaan yang dijalankan.
3.jumlah modal yang dilaburkan oleh setiap ahli.
4.nisbah pembahagian untung rugi.
5.tempoh perkongsian
6.tanggungjawab dan kuasa setiap ahli
7. syarat penamatan perkongsian.

-sekiranya tiada ikatan perjanjian dibuat, ahli-ahli tertakluk kepada syarat-syarat perkongsian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
1. untung dan rugi diagih sama rata.
2. urusan atau operasi perniagaan dijalankan bersama
3. ahli-ahli perkongsian tidak berhak dibayar gaji
4. modal yang disumbangkan tidak akan dibayar faedah.
5. faedah 5% dikenakan kepada ahli yang meminjam.
6.penyelesaian masalah berdasarkan undi majority.

-terdapat dua jenis perkongsian:
1.Perkongsian biasa
    -menguruskan perniagaan.
    -bertanggungjawab terhadap semua tanggungan perniagaan
    -liabiliti  syarikat secara tidak terhad/menjelaskan hutang kepada perniagaan.

2.Perkongsian terhad
    -melaburkan modal dan mendapatkan pulangan ke atas modal.
    -tidak terlibat dalam pengurusan dan operasi perniagaan.
    -liabiliti adalah terhad/tanggung kerugian terhadap modal yang dilaburkan saja.



Kelebihan perkongsian
  1. Prosedur penubuhan agak mudah/tidak memerlukan prosedur yang rumit.
  2. Sumber modal lebih baik kerana sumbangan daripada ahli-ahli.
  3. Lebih mudah untuk mendapat kredit/pinjaman.
  4. Risiko perniagaan dapat disebarkan di kalangan ahli-ahli.
  5. Dapat berkongsi kepakaran,pengetahuan ,idea dan kebolehan ahli-ahli.

Kelemahan perkongsian
  1. Tanggungan tidak terhad (kecuali ahli terhad) dan melibatkan harta peribadi.
  2. Kemungkinan berlaku salah faham dan pertelingkahan antara ahli.
  3. Persetujuan semua rakan kongsi perlu sebelum sebarang keputusan dibuat.
  4. Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan kongsi.
  5. Jangka hayat perniagaan pendek kerana kematian,bankrap,tak siuman ahli-perkongsian terbubar.

SYARIKAT BERHAD

-mempunyai tanggungan terhad,jika berlaku kerugian segala tanggungan hanya ke atas jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.
-terdapat 2 jenis syarikat:
1. Syarikat sendirian berhad-sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh kumpulan individu yang mempunyai ahli antara dua hingga 50 orang.

2. Syarikat awam berhad- sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh masyarakat awam dan mempunyai dua atau lebih ahli yang memegang saham-saham syarikat.

Kelebihan syarikat berhad
  1. Modal dapat dikumpul dengan mudah dan lebih besar.
  2. Liabiliti adalah terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta peribadi.
  3. Syarikat dan pemegang saham adalah entiti berasingan,pemegang saham dilindungi undang-undang.
  4. Kewujudan syarikat secara relatifnya berterusan,walaupun pemegang saham meninggal dunia,muflis,menarik diri,sakit dsb.
  5. Pengurusan lebih cekap-wakil yang berkelulusan dan berkemahiran dalam bidang perniagaan.

Kelemahan syarikat berhad
  1. Penubuhan dan pembubaran syarikat agak rumit dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pendaftar syarikat.
  2. Melibatkan kos dan masa dalam proses penubuhan.
  3. Syarikat dikenakan cukai yang tinggi.
  4. Bebanan prosedur,laporan dan penyata kewangan perlu disediakan dan diserahkan kepada suruhanjaya syarikat.
  5. Pemegang saham syarikat yang peratus saham yang sedikit tidak dapat membuat keputusan untuk syarikat.


KOPERASI

-sebuah organisasi sosioekonomi yang dianggotai oleh sekumpulan individu secara sukarela bertujuan untuk memberi kebajikan dan melindungi kepentingan ahli-ahlinya.

Kelebihan koperasi:
  1. Keuntungan dan kebajikan kepada ahli koperasi.
  2. Liabiliti kepada ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan.
  3. Koperasi mempunyai pelanggan tetap yang terdiri daripada ahlinya.
  4. Mewujudkan semangat kerjasama dan bantu-membantu antara ahli.
  5. Bersifat lebih demokratik.

Kelemahan koperasi:
  1. Diuruskan oleh ahli yang mungkin kurang pengalaman. kurang profesinal dan bermasalah.
  2. Dikuasai oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam koperasi.
  3. Sebahagian kecil sahaja ahli yang aktif.
  4. Modal bergantung sepenuhnya kepada yuran dan keuntungan yang kecil.
  5. Kurang daya saing kerana ditadbir oleh bukan profesional dan modal terhad.
  6. Operasi adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.

Ringkasan: perbezaan kempat-empat entiti perniagaan di atas :

Dimensi
Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Berhad
Koperasi
keahlian
seorang
Sekurang-kurang 2 dan tidak melebihi 20 orang
2 hingga 50 orang-sdn bhd
2 hingga tiada had-awam berhad
100 hingga infiniti
pendaftaran
Pendaftar perniagaan
Pendaftar perniagaan
Pendaftar syarikat
Pendaftar Koperasi
Kawalan undang-undang
Akta Perniagaan 1956
Akta Perkongsian 1961
Akta Syarikat 1965
Akta Koperasi 1995
Cukai
Cukai perseoranagn
Cukai perseorangan
Cukai atas untung syarikat
Cukai dikecualikan
Entiti
Tidak berasingan
Tidak berasingan
Entiti berasingan
Entiti berasingan
Sumber modal
Simpanan sendiri,ahli keluarga
Rakan kongsi
Saham ahli
Saham ahli dan yuran bulanan/tahunan


AKTIVITI PERNIAGAAN

Terdapat dua kategori utama:
    1. Pengeluaran
    2. Perkhidmatan

Pengeluaran
-aktiviti menghasilkan barang untuk dijual.
-jenis aktiviti pengeluaran:

1.  Ekstraktif
    - mengeluarkan atau mengekstrak bahan mentah daripada perut bumi tanpa mengubah bentuk asalnya. Contoh pembalakan,perlombongan dan perladangan.

2. Barangan Konsumer
    - barangan yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan sendiri atau keluarga. Contoh gula, minyak dan sabun.

3.Barangan Industri
-barangan yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula atau diproses semula untuk menghasilkan barangan baru atau barangan yang dibeli untuk membantu operasi perniagaan. Contoh bahan kimia dan jentera, minyak masak untuk kegunaan di restoran dan mesin jahit untuk menjahit pakaian yang ditempah oleh pelanggan.

4.Pembuatan
   - aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.Contoh : getah digunakan untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan.

5.Pemasangan
   -aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap. Contoh komponen elektrik dipasang untuk menghasilkan TV dan radio.

Perkhidmatan
-aktiviti melibatkan penawaran barang tidak nampak.
-jenis aktiviti perkhidmatan:

  1. Runcit
-mendapatkan bekalan barang daripada pemborong untuk dijual kepada pengguna.
            -tugas: memecah pukal,memperagakan barangan,memberi perkhidmatan dan 
              khidmat selepas jualan.
  1. Borong
-membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit atau pelanggan.
-tugas: memecah pukal dan membungkus semula barang dalam kuantiti yang lebih kecil dan menyediakan pengangkutan untuk mengagihkan barang.

  1. Kewangan
-menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna.
-Contoh: bank,syarikat insurans,syarikat amanah saham dan syarikat sekuriti.

  1. Profesional
-         menawarkan perkhidmatan yang khusus.
-         Contoh: firma perakaunan, firma guaman, klinik perubatan.

  1. Perhotelan
-         aktiviti perhotelan menawarkan perkhidmatan penginapan,makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi untuk pelancong.

  1. Pendidikan
-         pendidikan secara formal untuk menyediakan sumber tenaga manusia.



SEKTOR


          Sektor awam
       Sektor swasta
     Badan berkanun
Definisi; organisasi yg dimiliki,dibiayai dan diuruskan oleh pihak kerajaan.
Firma yg dimiliki individu atau organisasi samada syarikat tempatan /asing secara persendirian
Agensi kerajaan yg diperbadankan dan bertanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus.
Tujuan:melaksanakan dasar-dasar,meningkatkan kebajikan rakyat dan membangunkan negara
Mendapatkan keuntungan maksimum.
Membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan mengawal kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Contoh: kementerian kesihatan,jabatan polis
Sime Darby, Federal Publication Sdn Bhd
Bank Agro
KWSP,PERKESO






Peranan Sektor Awam


  1. Menggubal dasar dan peraturan agar dapat menggalakkan pembangunan sektor swasta.
  2. Memastikan agar peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.
  3. Mengeluarkan lesen/permit kpd perniagaan supaya boleh beroperasi.
  4. Menyediakan kemudahan awam utk perniagaan dan masyarakat tempatan.
  5. Menyediakan tenaga kerja yang mahir dlm pelbagai bidang bagi membangun aktiviti pereniagaan.
  6. Menggalakkan  pertumbuhan sektor-sektor penting dalam negara melalui pemberian insentif tertentu.


Peranan Sektor Swasta


  1. Mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pengguna.
  2. Mewujudkan peluang kerajaan dan mengurangkan kadar pengganguran.
  3. Menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui pembayaran cukai keuntungan.
  4.  Mengembangkan industri sampingan.
  5. Mewujudkan penempatan baru.
  6. Memindahkan teknologi luar ke dalam negara.


Peranan Badan Berkanun


  1. Melibatkan dlm bidang sosioekonomi yg tidak diceburi pihak swasta.
  2. Menyediakan rancagan pembagunan ekonomi mengikut fungsi masing-masing dan melaksanakan rancangan tersebut.
  3. Mengawasi agar peraturan atau undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.
  4. Mengeluarkan lesen kepada perniagaan supaya dapat beroperasi.
  5. Memberi latihan dan membantu menyediakan tenaga kerja mahir.
  6. Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi melalui bantuan kewangan.














Tahap Perniagaan

      Primer
         Sekunder
          Tertiar
Pengeluaran sumber semulajadi/bahan mentah dr perut bumi tanpa mengubah bentuk asalnya.
Aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan mentah yg didapati drp aktiviti primer dan  menukarkan kpd barang siap/separuh siap.
Aktiviti perkhidmatan yg dijalankan selepas sesuatu barangan dihasilkan, membantu melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan.
Contoh: aktiviti pembalakan,perlombongan,perikanan dan penternakan.
1.Pemprosesan buah kelapa sawit menjadi minyak kelapa sawit.
2.getah cair dijadikan getah kering.(barang separuh siap)

Perkhidmatan pengangkutan,insurans,pergudangan



           Perniagaan  Huluan
                Perniagaan Hiliran
-Melibatkan aktiviti primer berasaskan sumber semulajadi.
-aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dpt dilakukan.
-perniagaan yg wujud selepas aktiviti perniagaan huluan.
-memproses bahan mentah menjadi barang siap untuk dipasarkan.
Contoh:Syarikat Petronas menjalankan aktiviti cari gali minyak.
Aktiviti primer mengeluarkan kayu balak,akan mewujudkan aktiviti huluan menghasilkan perabot.


           Perniagaan Domestik
         Perniagaan Antarabangsa
Aktiviti perniagaan yg dijalankan dalam negara untuk pasaran tempatan
Aktiviti perniagaan yg dijalankan dengan negara luar samada import/eksport
Tidak melibatkan pertukaran mata asing-satu jenis matawang 
Melibatkan pertukaran wang asing-pelbagai jenis matawang
Melibatkan dokumen yang sedikit
Melibatkan dokumen yang banyak dan rumit
Pasaran sempit
Pasaran luas




Kriteria Dalam Menentukan Saiz Perniagaan

  1. Tenaga kerja
  2. Modal
  3. Output
  4. Saiz pasaran



Perniagaan Kecil- perniagaan industri desa

Kekuatan
  1. Mendapat galakan kerajaan.
  2. Menghasilkan keluaran yang tidak dapat dihasilkan oleh firma besar.
  3. Menyokong industri besar-bekal bahan mentah.
  4. Dapat mempromosi keluaran berasaskan kemahiran tangan.

Kelemahan
  1. Modal kecil
  2. Perniagaan sukar berkembang
  3. Masalah pemasaran
  4. Pengurusan yang lemah
  5. Sukar dapat bekalan


Peranan Firma Kecil Dalam Industri

  1. Menyokong pertumbuhan firma besar.
  2. Menyediakan kepakaran khusus.
  3. Mengurangkan kos pengeluaran.
  4. Menjimatkan kos penyimpanan.
  5. Bekalan yang berterusan.



11 comments:

  1. Salam Cikgu

    Saya nak mohon jasa baik cikgu untuk dapatkan nota pengajian perniagaan dan soalan stpm yang lepas untuk saya belajar, saya dah beli buku tetapi tidak tahu skop mana yang penting, saya merupakan calon persendirian yang bekerja yang mngambil stpm untuk sambung ke degree.
    tq

    ReplyDelete
  2. thank a lot..for provide gorgeous note tnk!! again

    ReplyDelete
  3. thanks for the information ^^

    ReplyDelete
  4. Selamat datang ke KREDIT KEWANGAN SOLUTION HOUSE, Kami menawarkan Pinjaman sah dengan atau tanpa cagaran pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan jaminan maksimum dan jaminan. kami menawarkan pinjaman kepada orang-orang di kredit buruk, pinjaman pembaikan rumah, peribadi dan pinjaman perniagaan, pelajar mencari bantuan kewangan dan kepada syarikat-syarikat dan lain-lain Mana-mana satu yang berminat perlu menghubungi kami melalui email: financialcredit_solutions@ymail.com dengan maklumat berikut, sila lengkap dan sidang kemuncak maklumat di bawah;
    ************************************************** *****
    Peminjam s Maklumat ..........
    (1) Jumlah Pinjaman Diperlukan: ..........
    (2) Jumlah Pinjaman Diperlukan Dalam Perkataan: ...........
    (3) Nama penuh: .............
    (4) Negara: .............
    (5) Sah your Nombor Telefon Atau Tel Telefon: ........
    (6) Tujuan Pinjaman: ...........
    (7) Level Pendapatan Bulanan:
    (8) Alamat: ...............
    (9) Pekerjaan: ............
    (10) Jantina: Lelaki Atau Perempuan: ..............
    (11) Kewarganegaraan: ...............
    (12) Pinjaman Duration: ..............
    (13) Bandar: .............
    (14) Umur: ...................
    HARI TARIKH: ...................

    ********************************
    Encik Rashid Omar (CEO)
    KREDIT KEWANGAN SOLUTION RUMAH
    EMAIL: financialcredit_solutions@ymail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, akhir nya saya telah menemukan nota yg mudah di fahami mengenai pengajian perniagaan bab 1 penggal pertama.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum , terima kasih kerana buat nota yg senang difahami ni .. ade nota bab 2 tak ??

    ReplyDelete
  7. SALAM CIKGU

    MOHON KEBENARAN UNTUK SAYA AMBILNYA,,
    SAYA KURANG FAHAM KETIKA DIKELAS..
    JADI SAYA PERLUKAN NOTA SEBEGINI

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, akhirnya saya dapat nota pengajian perniagaan yang serba ringkas....harap boleh dijadikan panduan untuk saya belajar dengan lebih fokus....harap boleh disambung untuk bab yang lain seperti kewangan,pemasaran dan pengeluaran...

    ReplyDelete
  9. SALAM CIKGU
    MOHON KEBENARAN UNTUK SAYA AMBIL NOTA NI. TQ. SEMOGA SENTIASA DIRAHMATINYA :)

    ReplyDelete